Hormati keputusan Sri Pahang

Hormati keputusan Sri Pahang

JAMAL NASIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Legenda bola sepak Pahang, Datuk Jamal Nasir berharap semua pihak dapat menghormati keputusan Sri Pahang FC untuk tidak lagi bertanding dalam Liga Malaysia (Liga M) pada musim 2025-2026.

Pemain Pahang pada era 70an itu percaya pihak pengurusan ada alasan tersendiri untuk menarik diri daripada dan berharap keputusan yang diambil itu dapat memberi peluang kepada kelab untuk bangkit pada masa hadapan.

Jamal mengakui sedih dan terkilan apabila kelab yang mempunyai penyokong fanatik dan sejarah besar dalam arena bola sepak tidak lagi akan berjuang di atas padang pada musim depan.

Bagaimanapun katanya, beliau yakin keputusan tersebut tidak dibuat sewenang-wenangnya selepas mengambil kira situasi sulit yang pernah dihadapi mereka musim lalu.

“Sudah tentu keputusan yang dibuat ini mengecewakan peminat bola sepak Pahang sebab kelab ini pernah menjadi antara yang terbaik dalam Liga Super sehingga mereka pernah ke final Piala Malaysia dan akhirnya musim depan terpaksa menarik diri.

“Saya pun rasa sedih tapi nak buat macam mana, mungkin ada sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan oleh pihak pengurusan sehingga mereka membuat keputusan itu.

“Saya harap penyokong dapat bersabar dan mungkin ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu oleh mereka walaupun Lesen Kebangsaan telah diluluskan dan keputusan untuk menarik diri adalah yang terbaik.

“Tapi kalau boleh janganlah ada yang menyalahkan mana-mana pihak pula dengan keputusan yang dibuat itu sebab saya yakin pihak pengurusan juga dah fikir panjang apatah lagi sebelum ini pun mereka pernah ada masalah gaji dan sebagainya.

“Jadi bagi saya, tak salah kalau Sri Pahang ambil satu langkah ke belakang untuk mereka buat persiapan lebih rapi dan perbaiki apa yang patut agar dapat bangkit semula pada masa hadapan, apa pun saya tetap positif dengan keputusan yang telah dibuat ini,” jelasnya.

Untuk rekod, Sri Pahang FC menamatkan saingan Liga Super 2024-2025 di tangga ke 8 dan dinobatkan naib juara selepas berjaya melangkah ke pentas final Unifi Piala Malaysia musim lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN