Benfica bangkit ikat Boca Juniors 2-2

Benfica bangkit ikat Boca Juniors 2-2

DI Maria menyempurnakan sepakan penalti untuk gol pertama Benfica.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FLORIDA: Benfica bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Boca Juniors 2-2 dalam aksi Kumpulan C Piala Kelab Dunia, awal pagi tadi.

Boca mendahului 2-0 hasil jaringan Miguel Merentiel dan Rodrigo Battaglia dan kemenangan begitu hampir menjadi milik mereka selepas seorang pemain Benfica dibuang padang pada minit ke-72.

Penalti Angel Di Maria sebelum rehat dan tandukan pada minit ke-86 Nicolas Otamendi membolehkan kelab Portugal yang beraksi 10 orang itu mencuri satu mata.

Peluang Benfica merapatkan jurang hadir apabila pemain Boca, Carlos Palacios mengasari Otamendi dan VAR mengesahkan sepakan penalti.

Pemain tengah Boca, Ander Herrera turut dilayangkan kad merah kerana membantah keputusan pengadil.

Di Maria tenang menyempurnakan sepakan tetapi di babak kedua, Benfica menyaksikan pemainnya, Andrea Belotti yang dimasukkan ketika rehat dibuang padang kerana mengasari Ayrton Costa.

Enam minit sebelum tamat, benteng Boca gagal menghalang Otamendi yang menanduk sepakan sudut Orkun Kokcu untuk menjadikan keputusan menjadi 2-2.

Boca terpaksa beraksi dengan sembilan pemain selepas Nicolas Figal dibuang padang di akhir permainan selepas mengasari Florentino.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN