Tarik diri Liga M sekadar gimik?

Tarik diri Liga M sekadar gimik?

PERAK FC sebelum ini mengumumkan tidak akan menyertai Liga Malaysia pada musim depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Teka-teki berkenaan jumlah pasukan Liga Super yang bakal bersaing bagi musim 2025/2026 akan terjawab hari ini selepas First Instance Body (FIB) selesai melakukan tapisan.

Sebelum ini, tempoh permohonan Lesen Kebangsaan beberapa kali dilanjutkan bagi memberi peluang kepada pasukan untuk melengkapkan dokumen masing-masing bagi memenuhi syarat lesen.

Tarikh yang dilanjutkan berakhir pada Sabtu lalu menyaksikan sebanyak 15 pasukan telah melengkapkan permohonan termasuk pasukan-pasukan yang berdepan masalah kewangan kritikal.

Pasukan yang kononnya bakal menarik diri daripada siangan Liga Super musim depan seperti Perak FC FC dan Sri Pahang FC juga tidak terkecuali untuk melengkapkan proses permohonan tersebut.

Situasi berkenaan seolah-olah menyaksikan pengumuman untuk menarik diri hanyalah gimik atau usaha terakhir pasukan berkenaan untuk meraih simpati bagi memastikan mereka terus bernyawa di Liga Super.

Hari ini, FIB akan membuat penilaian serta pengesahan bagi memuktamatkan berapa pasukan ‘lulus’ mendapat Lesen Kebangsaan yang menjadi syarat utama untuk beraksi dalam saingan Liga Super.

Selepas selesai proses tapisan, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan mengesahkan kelab yang layak bertanding di liga utama bola sepak tempatan bagi musim 2025/2026 yang dijangka bermula Ogos depan.

Selain pasukan dari dalam negara, difahamkan Liga Super pada musim 2025/2026 bakal diserikan dengan kehadiran pasukan Brunei DPMM FC, namun sehingga kini tiada pengesahan lanjut.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN