Skuad regu negara ke final, benam Vietnam

Skuad regu negara ke final, benam Vietnam

PEREJAM Malaysia, Mohamad Azlan Alias (dua kanan) membuat libasan bola ke arah pasukan Vietnam ketika perlawanan separuh akhir bagi acara regu pada Kejohanan ASTAF Sepaktakraw Piala Asia 2025 di Stadium Titiwangsa di sini hari ini.UTUSAN/ FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Skuad regu negara menepati ramalan mara ke final Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia ASTAF 2025 selepas menewaskan Vietnam 2-0 dalam aksi separuh akhir yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi.

Trio negara, Mohammad Syahir Mohd Rosdi, Mohamad Azlan Alias dan Farhan Adam tampil garang seawal set pertama dengan aksi mantap untuk mencatat kemenangan 15-8, sekali gus memberi tekanan awal kepada pasukan lawan.

Kemasukan Muhammad Haziq Hairul Nizam bagi menggantikan Syahir pada set kedua pula memberi impak besar apabila servis tajamnya terus menghadirkan mata demi mata kepada pasukan negara.

Corak permainan konsisten yang dipamerkan berjaya memastikan Malaysia menutup perlawanan dengan kemenangan bergaya 15-10, seterusnya mengesahkan kemenangan straight set 2-0 ke atas Vietnam.

Kejayaan itu menyaksikan skuad regu negara akan membuat perhitungan dengan musuh tradisi, Thailand pada aksi final yang dijadual berlangsung malam ini.

Perlawanan akhir antara Malaysia dan Thailand dijangka berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan mempunyai reputasi hebat di pentas serantau selain misi skuad Gajah Perang yang mahu membalas dendam selepas tewas kepada regu negar apada Piala Dunia 2024.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN