Muthu sedia cabar Shahidan

Muthu sedia cabar Shahidan

PRESIDEN Olahraga Petaling, Datuk SM Muthu (dua dari kiri) memegang laporan penyata kewangan Persatuan Olahraga Selangor (2023) bersama ahli gabungan yang lain di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (MA), Datuk SM Muthu sedia untuk kembali merebut jawatan kerusi No. 1 badan induk itu dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pemilihan yang akan diadakan pada 15 Jun ini.

Itu bermakna Muthu menjadi individu kedua yang berminat untuk menduduki kerusi No. 1 badan induk tersebut selepas Presiden MA, Datuk Seri Shahidan Kassim sebelum ini mahu mempertahankan jawatannya.

“Sedia mempertimbangkan. Datuk Seri Shahidan saya punya kawan lama tetapi apabila nak bertanding kita tak boleh fikir siapa kawan. Tengok sokongan macam mana. Apabila masa sudah sampai dapat sokongan saya okay,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Muthu merupakan bekas Presiden MA bagi penggal 2019-2022 gagal mempertahankan jawatannya itu apabila tewas kepada Shahidan dalam pertandingan satu lawan satu untuk sesi 2022-2025.

Bagaimanapun, Muthu yang merupakan Presiden Olahraga Petaling berkata beliau terlebih dahulu perlu menyelesaikan beberapa isu dalaman yang membabitkan Persatuan Olahraga Selangor (2023).

Muthu berkata enam ahli gabungan POS 2023 iaitu Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat, Klang, Hulu Selangor dan Sepang telah menyatakan sokongan hilang kepercayaan kepada presiden mereka iaitu Norhayati Karim.

“Ahli gabungan hilang kepercayaan kepada presiden dan tidak berpuas hati dengan penyata kira-kira yang diberikan. Sudah minta dia lepaskan jawatan tapi dia tidak mahu. Jadi, nak buat pemilihan presiden yang baharu,” katanya.

Tambah Muthu, POS perlu menganjurkan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) sebelum 15 Jun ini bagi memilih presiden yang baharu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN