Malaysia gagal benam Thailand

Malaysia gagal benam Thailand

AKSI pemain Malaysia, Noraizat Mohd Nordin ketika melawan pasukan Thailand pada Acara Beregu dalam Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia ASTAF 2025 di Stadium Titiwangsa di sini hari ini. UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Harapan skuad negara untuk meraih kemenangan kedua dalam saingan Kumpulan B acara double Piala Asia Sepaktakraw ASTAF 2025 tidak kesampaian apabila tumpas di tangan musuh tradisi, Thailand 0-2 dalam perlawanan yang berlangsung sengit di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi.

Malaysia yang menurunkan gandingan Muhammad Noraizat Mohd Nordin dan Aidil Aiman Azwawi terpaksa akur dengan kehebatan regu Thailand yang dibarisi Sirisak Anuloon dan Boonkom Tipwong apabila tewas straight set.

Pasukan Gajah Putih bermula garang dengan menampilkan aksi bertenaga untuk mencuri set pertama 15-10, sekali gus memberi tekanan awal kepada kem negara.

Bagaimanapun, set kedua menyaksikan kebangkitan skuad negara yang memberikan tentangan sengit dalam usaha untuk memaksa perlawanan ke set penentuan.

Namun, pengalaman serta ketenangan regu Thailand nyata menjadi pemisah apabila rejaman kencang Boonkom Tipwong menoktahkan kemenangan 17-15 buat pasukan Thailand.

Keputusan itu menyaksikan Thailand membawa pulang kemenangan bersih 2-0 sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka dalam Kumpulan B, manakala Malaysia terpaksa turun dengan misi wajib menang ke atas Taiwan pada perlawanan terakhir kumpulan B esok jika mahu mengintai peluang ke peringkat separuh akhir.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN