KHM jamin persiapan hoki dalam dewan lancar

KHM jamin persiapan hoki dalam dewan lancar

SUBAHAN KAMAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad hoki dalam dewan akan diberikan keutamaan untuk menggunakan Dewan Sri Putra sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA Thailand 2025 pada Disember ini.

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal berkata, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) juga telah sedia maklum tentang keperluan skuad hoki dalam dewan.

“Persiapan ke Sukan SEA bagi kami tiada masalah kerana dewan itu adalah tempat kami berlatih. Memang PSM bagi kami keutamaan dan kita sudah ada persefahaman bersama.

“Buat masa ini tiada masalah. Kalau dewan itu nak digunakan bagi tujuan pelbagai kena tanya PSM bukan saya kerana mereka tuan punya tempat.

“Daripada segi kalendar kita tiada masalah kerana sebelum buat keputusan kita sudah duduk berbincang dengan PSM tarikh yang dimahukan, jadi tiada masalah,” katanya.

Dewan Sri Putra yang terletak di Bukit Jalil itu berada di bawah pemilikan PSM dan venue terbabit merupakan dewan serbaguna dan boleh digunakan oleh pihak lain.

Difahamkan venue tersebut bakal digunakan sebagai tempat latihan pasukan badminton negara Ketika Malaysia Masters pada 20 hingga 25 Mei ini.

Dalam pada itu, Subahan mengesahkan skuad hoki dalam dewan bakal mengadakan dua aksi persahabatan menentang Ireland dan Iran di venue tersebut pada hujung bulan ini sebagai persiapan ke Sukan SEA 2025.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN