Bezzecchi puas lakar kemenangan di MotoGP British

Bezzecchi puas lakar kemenangan di MotoGP British

PELUMBA Aprilia, Marco Bezzecchi bersama trofi kemenangan selepas menjuarai Grand Prix (GP) British di Silverstone semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SILVERSTONE: Pelumba Aprilia, Marco Bezzecchi mengakui dia berbangga dengan kemenangannya di Grand Prix (GP) British kerana kejayaan itu hadir ketika khabar angin mengatakan bahawa rakan sepasukannya, Jorge Martin sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan pasukan.

Penunggang berusia 26 tahun itu menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang hujung minggu di Silverstone, bangkit ke tempat keempat dalam perlumbaan pecut selepas menamatkan pusingan pembukaan di kedudukan ke-19, sebelum memenangi GP British yang dipenuhi dengan insiden kemalangan.

Itu merupakan kemenangan grand prix pertama Bezzecchi sejak 2023 dan yang pertama sebagai pelumba pasukan kilang Aprilia.

“Sudah tentu saya bangga, saya gembira tetapi saya rasa seluruh pasukan kilang harus berasa bangga. Seperti yang saya sudah katakan banyak kali, ia bukan satu tempoh yang mudah bagi mereka dengan kecederaan Jorge.

“Dia, saya tak nak kata pelumba utama, tapi hampir begitu kerana dia ialah juara dunia.

“Jadi, ia bukan permulaan yang mudah bagi mereka namun dari pihak saya, saya hanya cuba bekerja sebaik mungkin untuk memberikan mereka apa yang mereka layak,” kata Bezzecchi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN