Azlan retak siku, terpaksa rehat dua bulan

Azlan retak siku, terpaksa rehat dua bulan

AZLAN Alias (kanan) terpaksa berehat panjang akibat keretakan siku bahagian kiri
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perejam sensasi negara, Mohammad Azlan Alias disahkan mengalami keretakan pada tulang siku kiri dan dijangka berehat sekurang-kurangnya dua bulan selepas menjalani pemeriksaan perubatan menyeluruh, hari ini.

Menurut kenyataan rasmi dari Facebook Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Azlan dijangka berehat panjang hasil dari saranan doktor.

“Perejam utama negara, Azlan Alias disahkan keretakan tulang siku oleh doktor setelah menjalani pemeriksaan kesihatan penuh. Azlan dijangkakan akan berehat selama dua bulan,” katanya.

Sebelum ini, Azlan menolak untuk digantikan biarpun mengalami kecederaan ketika aksi final regu berpasukan Piala Asia Sepak Takraw 2025 menentang Thailand,pada ahad.

Azlan mulai mengalami kecederaan ketika kedudukan set pertama 6‑9 apabila pendaratan kurang kemas menyebabkan pergelangan tangannya terpelecot, sekali gus merencatkan rentak libasan kencang yang menjadi senjatanya.

Azlan juga dijangka akan terlepas dalam kejohanan Piala Raja Thai yang akan membuka tirai pada bulan Julai ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN