Amorim sahkan semua pemain United ke Kuala Lumpur

Amorim sahkan semua pemain United ke Kuala Lumpur

SKUAD utama Manchester United terbang ke Kuala Lumpur untuk berdepan ASEAN All-Star pada Rabu ini-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Manchester United bakal membawa keseluruhan pemain utamanya yang beraksi di pentas final Liga Europa ke Kuala Lumpur bagi aksi istimewa menentang ASEAN All Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Mei ini.

Amorim mengesahkan perkara tersebut dalam sidang media menjelang perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang West Ham malam ini.

“Ya, kami akan bawa semua pemain. Saya sendiri telah dirujuk untuk jelajah ini.

“Ini adalah salah satu cara kami berhubung semula dengan penyokong terutamanya selepas musim yang mengecewakan,” kata Amorim.

United juga akan meneruskan siri jelajah itu dengan aksi kedua di Hong Kong pada 30 Mei.

Amorim menegaskan, kehadiran penuh skuad bukan sekadar tuntutan komersial, tetapi sebagai simbol penghargaan kepada peminat yang tetap setia menyokong walau prestasi kelab merudum musim ini.

“Ini perkara paling minimum yang kami boleh lakukan untuk penyokong yang kecewa. Kami ingin bina semula rasa kekeluargaan dalam kelab,” jelasnya.

Lebih menarik, United mungkin tiba sebagai juara Liga Europa jika berjaya menewaskan Tottenham dalam final yang dijadual berlangsung di Bilbao pada 21 Mei nanti.

Sekiranya itu terjadi, aksi di Bukit Jalil bakal menjadi sambutan kejayaan berganda bersama ribuan penyokong tempatan.

Tiket untuk menyaksikan kehadiran penuh skuad Red Devils di Bukit Jalil boleh didapati di myticketempire.com.

United sedang menyala, jangan lepaskan peluang tengok sendiri keajaiban mereka depan mata!-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN