Aaron-Wooi Yik bakal diuji Arif-Roy King

Aaron-Wooi Yik bakal diuji Arif-Roy King

AARON Chia-Soh Wooi Yik menewaskan pasangan Jepun, Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita 21-17, 21-17 pada aksi pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Thailand di Bangkok, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertembungan sesama beregu lelaki Malaysia bakal mencuri tumpuan di suku akhir Terbuka Thailand, hari ini apabila gandingan utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dijadual berentap dengan pasangan muda yang sedang meningkat naik, Arif Junaidi-Yap Roy King.

Aksi tersebut bakal menjadi pertemuan pertama antara dua pasangan dari kem kebangsaan itu di kejohanan Jelajah Dunia BWF dan dijangka menguji kematangan taktikal masing-masing di pentas Super 500.

Aaron-Wooi Yik yang kini berada di ranking kelima dunia mudah menundukkan pasangan Jepun, Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita 21-17, 21-17 dalam tempoh hanya 38 minit pada aksi pusingan kedua, malam tadi.

Arif-Roy King pula meneruskan rentak cemerlang mereka apabila membelasah pasangan senegara, Aaron Tai-Kang Khai Xing dengan kemenangan straight set 21-11, 21-11 dalam aksi yang hanya berlangsung selama 24 minit.

Aaron-Wooi Yik pula dijangka tidak mengambil mudah pertembungan ini meskipun berstatus gandingan utama negara yang lebih berpengalaman di pentas dunia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN