PSM pantau perjalanan program NSTDP

PSM pantau perjalanan program NSTDP

MOHD Sumali Reduan berterima kasih kepada KBS dengan pelaksanaan Program Pembangunan Sepaktakraw Kebangsaan (NSTDP).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan menyifatkan sukan tersebut berada dalam satu lembaran baharu dengan adanya Program Pembangunan Sepaktakraw Kebangsaan (NSTDP).

Sumali berkata, dalam usahanya memastikan program pembangunan tersebut berjalan lancar pada tahun pertama pelancarannya, badan induk tersebut akan melakukan pemantauan secara berkala bagi mengenal pasti setiap masalah.

“Kita dapat program pembangunan yang kita nanti-nantikan selama ini walaupun pada awalnya PSM sebelum ini melalui jalan sukar. Alhamdulillah, syukur kita dapat projek ini.

“Ini tahun pertama, sudah pasti perjalanan dalam program ini akan ada sedikit kelemahan itu sudah pasti dan sebab itu saya minta jawatankuasa pengelola dan pelaksana buat mesyuarat secara berkala untuk memantau jika ada kelemahan yang dikesan dapat diatasi segera.

“Kita juga ada panel pakar dan beberapa ahli PSM untuk memantau agar dari semasa ke semasa kita dapat laporan penuh tentang perjalanan NSTDP. Mungkin ia dibuat pada setiap satu atau dua bulan. Kita tak nak ada masalah tiga empat bulan baru nak ambil tindakan,” katanya.

Dalam pada itu, Sumali optimis NSTDP mampu melahirkan ramai pemain pelapis terbaik untuk mewakili negara dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Dalam jangka panjang, saya mahu kita sampai ke satu tahap PSM sendiri pening nak pilih pemain sebab terlalu ramai yang bagus. Biar kita ada lapan ke-10 tekong bertaraf dunia yang buat kita susah nak pilih siapa patut main,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memperuntukkan dana RM1.5 juta setahun kepada PSM untuk menjayakan NSTDP.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya