Zii Jia terpaksa tunggu lagi 

Zii Jia terpaksa tunggu lagi 

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia tidak akan menyertai Terbuka Switzerland pada 18 Mac ini berikutan kecederaan buku lalinya berulang.

Pemain ranking ketujuh dunia itu mengalami kecederaan pada ligamen buku lali kanannya ketika beraksi di Seluruh England, Selasa lalu, sekali gus mengundang kebimbangan terhadap kesungguhannya untuk kembali ke tahap terbaik.

“Team LZJ boleh sahkan bahawa Zii Jia menarik diri daripada Terbuka Switzerland di Basel disebabkan kecederaan buku lali kanannya.

“Zii Jia akan mendapatkan rawatan selanjutnya sebelum sebarang pengumuman mengenai rancangan kejohanan akan disertainya dibuat,” kata Team LZJ.

Zii Jia pertama kali mengalami kecederaan ini di Jelajah Dunia Akhir BWF di Hangzhou, China pada Disember, dan terpaksa mengetepikan beberapa kejohanan penting awal musim bagi memberi tumpuan kepada pemulihan.

Namun, selepas kembali ke gelanggang, prestasinya terus merudum apabila tersingkir di suku akhir Orleans Masters minggu lalu sebelum mengalami kekalahan mengejut di pusingan pertama All England di tangan pemain Hong Kong, Angus Ng.

Terdahulu, pemain berusia 27 tahun itu memberi bayangan seakan-akan kecederannya itu semakin parah apabila beliau harus menilai kecergasannya terlebih dahulu sebelum berlepas ke Basel.

“Saya belum ada perancangan jelas buat masa ini kerana kecederaan ini. Saya perlu menjaganya terlebih dahulu, berbincang dengan pasukan saya dan menilai keadaan sebelum membuat keputusan,” kata Zii Jia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×