Sri Pahang dituntut baiki ranking Liga Super

Sri Pahang dituntut baiki ranking Liga Super

FANDI AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kesebelasan utama Sri Pahang perlu kembali fokus memperbaiki kedudukan dalam Liga Super apabila berkunjung ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bertemu Selangor FC malam ini.

Anak buah Fandi perlu melupakan seketika kejayaan mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia kerana  saingan dalam Liga Super  menyaksikan kedudukan Sri Pahang masih belum selesa.

“Sekarang masa untuk tumpukan semula kedudukan Sri Pahang dalam carta Liga Super, kita mesti  beraksi cemerlang berdepan Selangor FC pada aksi Liga Super, ” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang.

Katanya, Sri Pahang amat memerlukan kemenangan kerana ia  dapat membantu untuk memperbaiki kedudukan Tok Gajah yang berada di kedudukan ke-10 selepas 16 perlawanan.

Wira Sri Pahang pada perlawanan separuh akhir Piala Malaysia, Kpah Sherman masih menjadi taruhan terbaik Fandi untuk menjaringkan gol.

 Manuel Hidalgo juga dijangka kembali mengisi bahagian tengah untuk membantu Kpah, Mykola Ahapov atau Akexsender Cvetkovic menjaringkan go.

Tok Gajah yang menewaskan anak buah Katsuhito Kinoshi 2-1 dalam pusingan 16  terbaik Piala Malaysia di gelanggang sama perlu sedar saingan kali ini pasti berbeza.

Ketika itu, jurulatih kelahiran Jepun baru seminggu bersama skuad gergasi Merah tetapi kini selepas hampir dua bulan,  gandingan mereka semakin serasi hingga berjaya membawa Selangor  berada tangga kedua liga dibelakang Johor Darul Takzim (JDT). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN