NILAI: Pelumba basikal trek negara, Nur Aisyah Zubir, mencipta kejutan apabila berjaya meraih pingat perak dalam acara perlumbaan mata wanita elit pada Kejohanan Berbasikal Asia(ACC) 2025 di Velodrome Nasional, Nilai hari ini. Dalam saingan sengit itu, Aisyah mempamerkan kayuhan bertenaga serta strategi bijak untuk mengumpul 20 mata , sekali gus menempatkan dirinya di kedudukan kedua. Kejayaan tersebut menyaksikan dia menewaskan beberapa pelumba handalan dunia serta membuktikan keupayaannya di pentas antarabangsa.…










