Jadual, laluan mendaki ‘gugat’ pelumba negara?

Jadual, laluan mendaki ‘gugat’ pelumba negara?

PELUMBA luar negara masih mendominasi perlumbaan LTdL 2024 walaupun sudah masuk peringkat kelima. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Saingan peringkat kelima dari Kuala Lumpur hingga Melaka Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 semalam, menandakan perlumbaan sudah memasuki separuh kedua kejohanan

Namun pelumba Malaysia masih gagal untuk menembusi kedudukan 10 teratas dalam pendahulu keseluruhan (Jersi Hijau).

Pelumba negara paling teratas menyaksikan wakil dari Terengganu Cycling Team (TSG), Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff di kedudukan ke-44 dengan catatan masa keseluruhan 16:40:39 saat (s) jauh ketinggalan dengan pendahulu, David Max Poole dari dsm-Firmenich PostNL (16:33:04s).

Ditambah pelumba berkelas dunia yang sudah menamatkan saingan Grand Tour seperti Tour de France, Giro d’Italia dan Vuelta Espana lebih menyukarkan wakil kebangsaan untuk memberi tentangan berikutan ‘dilihat’ baru memulakan musim kejohanan.

Pakar pecut TSG, Mohamed Harrif Saleh berkata, LtDL 2024 seharusnya dianjurkan sebelum perlumbaan Grand Tour supaya jurang dari segi prestasi perlumbaan tidak ketinggalan jauh.

“Perkara ini (jadual kejohanan) perlu dilihat juga kerana mereka (pelumba antarabangsa) baharu menghabiskan perlumbaan tahap tinggi. Jadi perlu dikaji. Jurang kita jauh dengan mereka,” katanya.

Harrif berkata, laluan kejohanan edisi kali ini mencabar biarpun banyak landai, namun laluan mendaki yang berterusan menyaksikan semua pelumba bergelut dan pada akhirnya ter­singkir akibat melebihi had masa yang ditetapkan (OTL).

“Kita tidak mahu ia terjadi, sebab ramai lagi berada di kelompok belakang semalam termasuk juara tahun lalu Carr (Simon), dia bersama dengan saya. Sedih kerana saya boleh memberi tentangan pada perlumbaan tahun ini sedangkan Izzat (Hilmi Abdul Halil) yang muda juga tersingkir disebabkan OTL. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN