PETALING JAYA: Tindakan Akhyar Rashid memperdayakan pemain Lubnan dengan tidak memberhentikan permainan tidak menyalahi undang-undang permainan bola sepak namun ia tidak menunjukkan semangat kesukanan serta memalukan. Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Mohd Salleh berpendapat tindakan dilakukan pada minit ke-78 di final Pestabola Merdeka oleh pemain sayap negara itu tidak profesional. Jelasnya, apa yang dilakukan Akhyar telah memberi tanggapan negatif terhadap skuad Harimau Malaya dan mungkin kemudian…










