Pemilik baharu bukan jalan penyelesaian Kedah

Pemilik baharu bukan jalan penyelesaian Kedah

SKUAD Kedah Darul Aman FC bagi musim 2024/2025.-IHSAN KDA FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mencari pemilik baharu bukan jaminan untuk Kedah Darul Aman (KDA) FC mengatasi masalah tunggakan gaji yang sedang melanda skuad Hijau Kuning ketika ini.

Pemerhati bola sepak tempatan, Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim, beliau tidak fikir akan ada ‘orang kaya’ yang berhasrat mengambil pasukan yang sedang berdepan masalah.

“Saya tak fikir akan ada orang kaya-raya nak ambil alih pasukan. Bagi saya, semua orang atau syarikat yang mempunyai kepentingan perlu duduk berbincang bersama.

“Sekarang, buat satu jalan penyelesaian untuk pelan jangka pendek bagi menyelesaikan masalah gaji ini dan pada masa sama buat pelan jangka panjang juga,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam masa yang sama, Zulakbal mengakui masalah kewangan yang membelenggu pasukan itu boleh menjadi punca utama mereka akan hilang daripada radar bola sepak tempatan.

Katanya, berdasarkan legasi yang dimiliki oleh KDA FC adalah mustahil untuk melihat pasukan itu bungkus bagaimanapun melihat kepada sejarah bola sepak tempatan ia tidak boleh berlaku

“Betul, apabila difikir tentang legasi pasukan itu adalah mustahil untuk mereka tutup tetapi realiti semasa sebelum ini banyak pasukan telah pun tutup.

“Pasukan seperti Sarawak, Kelantan dan Melaka sudah tiada dan mereka digantikan dengan kelab. Jadi, di situ sejarah telah menunjukkan KDA FC boleh tutup.

“Mungkin selepas ini KDA FC ditutup dan jika ada individu yang berminat mereka boleh gantikan dengan kelab baharu seperti Kedah United atau Kedah Rovers, contoh,” katanya.

Keadaan Kedah ketika ini kritikal apabila mereka terus kehilangan pemain utama selepas membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan tersebut ekoran masalah gaji yang dialami.

Skuad utama mereka turut bertindak memboikot latihan pasukan sehingga menyebabkan pemain muda diturunkan ketika menentang KL City FC dalam aksi liga yang berkesudahan tewas 0-5 pada Sabtu lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN