Pemain Kedah angkat kaki?

Pemain Kedah angkat kaki?

SKUAD Kedah Darul Aman FC bagi musim 2024/2025.-IHSAN KDA FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Nasib Kedah Darul Aman (KDA) FC terus menjadi tanda selepas ada pemain bersedia untuk berhijrah mencari pasukan baharu ketika jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M) dibuka ketika ini.

Terbaharu, skuad Hijau Kuning didakwa bakal kehilangan khidmat penjaga gol utama mereka, Kalamullah Al-Hafiz selepas pemain kebangsaan itu dikatakan bersedia untuk menyertai gergasi Lembah Klang, Selangor FC.

Jika benar perpindahan itu terjadi, situasi tersebut pastinya menguntungkan Selangor FC kerana skuad kendalian Nidzam Jamil dilihat memerlukan khidmat penjaga gol berkaliber bagi mengelak ‘episod hitam’ final Piala FA berulang.

Dalam masa yang sama, skuad utama KDA FC hanya boleh mengharapkan kepada Ifwat Akmal Chek Kassim untuk menjaga gawang selepas seorang lagi penjaga gol, Fikri Che Soh menamatkan kontrak lebih awal sebelum ini.

Selain Fikri, skuad bimbingan Nafuzi Zain sebelum ini turut kehilangan khidmat perancang tengah, Habib Haroon selepas pemain kelahiran Bahrain itu mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak lebih awal.

Dalam keadaan KDA FC masih dikenakan ‘transfer ban’, skuad Sang Kenari nyata tidak boleh berharap untuk menandatangani pemain baharu sebaliknya hanya mampu ‘menaik taraf’ pemain dari skuad muda bagi dijadikan penjaga gol kedua serta ketiga.

Situasi itu sudah tentu menambah derita KDA FC yang ketika ini terpalit dengan isu tunggakan gaji selama enam bulan setengah hingga menyebabkan kalangan pemain skuad utama, memboikot sesi latihan serta perlawanan menentang KL City FC, malam ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×