PETALING JAYA: Atlet berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom akan beraksi alam pusingan repechages sebentar lagi bagi merebut slot ke suku akhir acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024.
Shah Firdaus menamatkan saringan kelima keirin dikedudukan ketiga di belakang pelumba Trinidad and Tobago, Nicholas Paul serta pelumba Poland, Mateusz Rudyk namun ia dibatalkan.
Situasi itu sekali gus menyaksikan Shah Firdaus ditolak ke tangga keenam namun ia tidak memberi kesan untuknya beraksi dalam saingan repechage.
Dua pelumba teratas pada pusingan repechages akan mendapat slot ke pusingan seterusnya.
Terdahulu, Malaysia dikejutkan dengan ‘tragedi’ menimpa jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang selepas disingkirkan seawal saringan pertama acara keirin lelaki di Velodrom Saint Quentin.
Penyertaan The Pocket Rocketman dibatalkan selepas didapati memotong derny sebelum basikal elektrik bertindak sebagai pacer itu meninggalkan trek.
Senarai perlumbaan repchages yang dikeluarkan penganjur tidak tertera nama jaguh berbasikal trek negara itu.-UTUSAN










