PETALING JAYA: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menamatkan saingan acara pecut Sukan Olimpik Paris 2024 di pusingan repechage 1/8. Pada pusingan 1/8 yang berlangsung di Velodrom Saint-Quentin-en-Yvelines, Azizulhasni tewas kepada Jeffrey Hoogland dari Belanda dan terpaksa mengharungi pusingan repechage. Dalam perlumbaan pertama 1/8, Harrie Lavreysen dari Belanda mengesahkan tempat di suku akhir selepas menewaskan pelumba Jepun, Yuta Obara. Pelumba Australia, Matthew Richardson turut mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya…