PETALING JAYA: Muhammad Ridwan Sahrom dan Fadhil Zonis berpotensi untuk menjadi pelumba kedua sekiranya jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang bersara daripada sukan berkenaan. Ketua jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley berkata, kedua-dua pelumba berkenaan mempunyai potensi besar dan mampu menggalas tanggungjawab sebagai pelumba kedua negara selepas Shah Firdaus Sahrom. “Ridwan mempunyai kualiti seperti abangnya (Shah Firdaus). Namun jangan terlalu berharap keputusan dengan lebih cepat kerana kayuhan beliau boleh…