Hannah yakin atlet para bawa pulang 4 emas

Hannah yakin atlet para bawa pulang 4 emas

SEPANG: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh optimis atlet para negara mampu membawa pulang empat pingat emas seperti yang disasarkan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM)- IHSAN MSN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh optimis atlet para negara mampu membawa pulang empat pingat emas seperti yang disasarkan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) dalam Sukan Paralimpik Paris 2024 yang bermula pada 28 Ogos hingga 8 September ini.

Keyakinan itu hadir selepas melihat barisan atlet para negara yang mempunyai pengalaman beraksi di pentas Paralimpik dan mampu menampilkan prestasi luar biasa.

“Saya percaya dan yakin atlet para negara yang telah banyak kali bertarung di Sukan Paralimpik mereka ada keyakinan yang luar bisa tetapi ramai juga kali pertama pergi.

“Saya percaya kontinjen negara bawa pulang kemenangan dan kejayaan. Kita doakan mereka berjaya,” katanya.

Beliau ditemui pemberita ketika Majlis Pelepasan Kontinjen Negara ke Sukan Paralimpik Paris 2024 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.

Sepanjang penglibatan Malaysia di temasya tersebut, kontinjen negara berjaya membawa pulang enam pingat emas dengan tiga daripadanya diperoleh di Rio 2016 dan tiga lagi di Tokyo 2020.

Sasaran empat pingat emas diletakkan bagi melengkapkan keseluruhan 10 emas sepanjang kontinjen negara beraksi di temasya itu.

Dalam pada itu, Hannah percaya isu keselamatan atlet para negara yang beraksi di Sukan Paralimpik Paris 2024 tidak akan timbul.

Hannah berkata berdasarkan pengalamannya ketika berada di perkampungan sukan sewaktu Sukan Olimpik Paris 2024 baru-baru ini, pihak penganjur telah memberi kawalan keselamatan dengan baik.

“Bagaimanapun, apa yang saya risaukan adalah atlet para negara kita perlu berhati-hati dengan barangan peribadi mereka seperti bag duit dan passport,” katanya lagi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN