PETALING JAYA: Jaguh angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan perlu bijak untuk menyerap tekanan ketika turun beraksi dalam Sukan Olimpik Paris 2024, hari ini. Aniq, 22, akan beraksi dalam kategori 61 kilogram (kg) buat kali pertama di pentas Olimpik dan peluang keemasan itu perlu digunakan sebaiknya untuk beliau mengharumkan nama negara. Pengurus skuad angkat berat negara, Amirul Hamizan Ibrahim berkata, Aniq Kasdan ketika ini berada di dalam keadaan terbaik dan…