PETALING JAYA: Jaguh muay thai negara, Rifdean Masdor menghampiri kontrak ONE Championship bernilai AS$100 ribu (RM469,000) selepas melakar kemenangan kedua dalam pertarungan One Championship. Dalam Pertarungan ONE Friday Nights 71 pada Jumaat lalu, Rifdean atau lebih dikenali dengan gelaran ‘Magic Boy’ menang bergaya menewaskan wakil tuan rumah dari Thailand, Petaek Sitbigjasskonrakpathum Rifdean yang mewakili kelab Sor Sommai yang berpangkalan di Bangkok, hanya memerlukan pusingan pertama untuk menumbangkan lawannya menerusi kemenangan…