PETALING JAYA: Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi hanya mempunyai masa tiga hari untuk melakukan persiapan sebelum memulakan acara 100 meter (m) di Sukan Olimpik Paris 2024. Atlet kelahiran Perak itu selamat tiba di Paris semalam bagi selepas mengharungi tempoh perjalanan yang lama dan pastinya dia memerlukan rehat yang secukupnya bagi menyesuaikan diri dengan perbezaan waktu. Bagaimanapun, pelari berusia 20 tahun itu berkata, dia sudah biasa untuk menghadapi tempoh penerbangan…