Lupakan kekalahan, fokus berdepan Australia

Lupakan kekalahan, fokus berdepan Australia

AKSI pemain negara ketika berdepan Indonesia dalam saingan separuh akhir Kejuaraan Bawah 19 Tahun (B-19) Asean 2024, kelmarin.-IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kekalahan di separuh akhir pada saingan Kejuaraan Bawah 19 Tahun (B-19) Asean 2024 kepada Indonesia menjadi pengajaran yang berguna kepada pemain muda negara.

Skuad B-19 tahun negara tewas 0-1 kepada Indonesia selepas Alfharezzi Buffon meledak gol lawan minit ke-78 dalam aksi separuh akhir dalam Kejuaraan B-19 Asean 2024, kelmarin.

Pengendali B-19 negara, Juan Torres Garrido, menegaskan bahawa kejohanan berkenaan memberikan banyak pengajaran dan pemain perlu menerima hakikat kekalahan ini.

“Kami perlu melangkah ke hadapan dan saya yakin pasukan ini boleh bertambah baik dari semasa ke semasa. Kejohanan ini memberi impak positif kepada pemain dan barisan jurulatih,” katanya.

Menurut Torres, Malaysia menguasai sebahagian besar permainan, tetapi gagal mencetak gol sementara Indonesia menampilkan prestasi cemerlang, terutama di penghujung perlawanan.

Dalam pada itu, beliau akan memantau perkembangan pemain memandangkan mempunyai masa rehat yang singkat sebelum perlawanan menentang Australia dalam penentuan tempat ketiga.

“Saya akan berbincang dengan barisan kejurulatihan untuk menilai keadaan pemain. Kondisi pemain amat penting agar mereka boleh menampilkan aksi terbaik nanti,” tambahnya.

Tempoh rehat yang singkat, hanya sehari sebelum perlawanan seterusnya, menjadi cabaran tambahan buat skuad B-19 negara.

Skuad B-19 negara akan bertemu Australia dalam perlawanan penentuan tempat ketiga di Stadium Gelora Bung Tomo hari ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN