PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh meletakkan kepercayaan penuh kepada semua atlet yang bertanding di Sukan Olimpik dalam pemburuan pingat emas pertama di temasya terbesar itu. Hannah berkata dia berharap semua atlet yang ketika ini masih bertanding terutamanya di bawah program Road To Gold (RTG) memberikan aksi terbaik sepanjang temasya itu berlangsung. “Saya berharap atlet yang masih bertanding untuk memanfaatkan masa yang ada di Paris dengan sepenuhnya kerana…