PETALING JAYA: Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dijangka mendapat laluan lebih mudah pada suku akhir selepas muncul juara Kumpulan D pada Sukan Olimpik Paris 2024, semalam. Gandingan negara itu mencipta kejutan apabila menumpaskan beregu No. 2 dunia dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping 17-21, 21-15, 21-16 pada aksi terakhir Kumpulan D dalam masa 1 jam 10 minit. Selaku juara Kumpulan D, Tang Jie-Ee Wei memiliki kelebihan…