Banyak lagi kelab yang gagal dalam bab gaji- Safee

Banyak lagi kelab yang gagal dalam bab gaji- Safee

Safee Sali
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Safee Sali mendedahkan selain Kuala Lumpur City (KL City) FC masih terdapat beberapa pasukan yang gagal membayar gaji kepada pemain masing-masing.

Situasi berkenaan pastinya menjadi satu isu yang membimbangkan khususnya membabitkan kelangsungan kelab-kelab yang terpalit dengan isu tunggakan gaji kerana Liga Malaysia (Liga M) baharu sahaja bermula pada Mei lalu.

Sehubungan itu, Safee menggesa agar Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan juga penganjur Liga M iaitu Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengambil langkah proaktif dalam menangani isu berkenaan daripada terus menjadi ‘barah’

“Tujuh bulan gaji tak berbayar, Paulo Josue akhirnya bersuara! Bila kami bersuara dikatakan mahu menjatuhkan atau memburukkan imej bola sepak sendiri, tapi bila jadi kes seperti ini, siapa yang mahu dipersalahkan?

“Banyak lagi kelab yang gagal dalam bab gaji. Saya sudah tidak bermain dalam liga tetapi semangat saya dengan sukan ini tidak akan pudar. Saya tahu perit jerih setiap pemain,” kata Safee di laman sosial Instagram miliknya.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan KL City didakwa culas membayar gaji pemain mereka apabila Jouse tampil mendedahkan bahawa gajinya tertunggak selama tujuh bulan dan terpaksa menggunakan wang simpanan untuk kelangsungan hidup.

Malah, pemain naturalisasi negara itu turut mendakwa tunggakan bukan melibatkan dirinya sahaja tetapi ada pemain dan barisan kejurulatihan tidak menerima gaji sejak Mac lalu.

Selain itu, Safee yang pernah mewakili KL City FC pada musim 2021-2022 mengakui berasa kecewa dan kesal dengan apa yang menimpa pemain Bola M apabila hak gaji mereka dinafikan oleh majikan.

“Kami perhatikan dan lihat sahaja apa yang badan induk lakukan. Sila pantau dan buat sesuatu yang lebih proaktif dalam menangani bab ini. Ambil tanggungjawab atau tinggalkan sukan ini. Dalam kehidupan ini anda mempunyai pilihan,” tambah Safee.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×