Aniq sasar angkatan 305kg

Aniq sasar angkatan 305kg

ANIQ Kasdan akan bertanding dalam kategori baharu selepas perubahan dilakukan Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet angkat berat negara, Mohammad Aniq Kasdan mengakui jumlah angkatan yang dilakukannya ketika melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris perlu diperbaiki bagi menghidupkan peluang untuk menaiki podium di temasya terbesar itu.

Atlet berusia 22 tahun itu layak ke Paris selepas berada di kedudukan kelapan dalam Piala Dunia Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) di Phuket, Thailand pada April lalu dengan Angkatan 290 kilogram (kg).

Aniq berkata, beliau menyasarkan untuk melakukan angkatan 305kg dalam kategori 61kg dengan menyifatkan Thailand dan Amerika Syarikat (AS) antara pencabar sengit yang perlu dihadapinya di South Paris Arena pada 7 Ogos ini.

“Thailand dan AS memang antara pencabar utama, mereka lebih muda daripada saya. Majoriti yang ke Olimpik ini ramai dari Asia Tenggara jadi memang selalu jumpa mereka dan sudah tahu mereka memang pencabar sengit.

“Saya layak ke Olimpik sebelum ini dengan 296kg dan ada antara mereka ada yang melakukan angkatan 299kg dan 300kg jadi beza dua hingga empat kilogram. Jadi hari kejohanan paling penting untuk menentukan siapa yang boleh,” katanya.

Aniq bersama jurulatihnya Edmund Yeo berlepas ke Turkiye kelmarin bagi menjalani latihan fasa akhir sebelum beraksi di Olimpik Paris.

“Persiapan di Turkiye lebih kepada menyesuaikan diri daripada segi cuaca dan sebagainya sebab negara itu dekat dengan Paris, saya juga tidak mahu ada gangguan ritma (degupan jantung),” katanya.

Selain Malaysia terdapat beberapa atlet angkat berat yang turut menjadikan Turkiye sebagai persiapan akhir mereka seperti Tunisia, Arab Saudi, Jordan, Maghribi, Mesir dan Turkmenistan.

habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN