Serbia bangkit ikat Slovenia 1-1

Serbia bangkit ikat Slovenia 1-1

LUKA Jovic muncul wira Serbia apabila berjaya menjaringkan gol penyamaan ketika mengikat Slovenia 1-1 di Allianz Arena, sebentar tadi.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH: Jaringan penyamaan Luka Jovic pada masa tambahan separuh masa kedua membolehkan Serbia mengikat Slovenia 1-1 dalam perlawanan kedua bagi kedua-dua pasukan dalam saingan Kumpulan C Euro 2024, sebentar tadi.

Keputusan itu juga membolehkan kedua-dua pasukan kekal dalam perebutan untuk meraih tempat ke pusingan 16 terakhir dari Kumpulan C yang turut dianggotai England dan juga Denmark yang turun beraksi dalam satu lagi perlawanan selepas ini.

Dalam perlawanan di Allianz Arena itu, Slovenia terlebih dulu berada di hadapan menerusi jaringan Zan Karnicnik pada minit ke-69 dan mereka seperti boleh keluar sebagai pemenang sebelum Jovic menyamakan kedudukan pada masa tambahan.

Hasil keputusan seri itu, Slovenia berada di tangga kedua Kumpulan C dengan dua mata selepas turut seri 1-1 dengan Denmark dalam perlawanan pertama mereka manakala Serbia di tangga tercorot dengan satu mata.

Bagaimanapun, kedua-dua pasukan masih berpeluang untuk mara ke pusingan 16 dan segalanya bergantung kepada keputusan perlawanan terakhir yang mana Slovenia akan berdepan England, manakala Serbia akan menentang Denmark.

Kedudukan semasa Kumpulan C juga dijangka berubah selepas pertembungan antara England dan Denmark.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×