Selangor ketepikan isu luar padang

Selangor ketepikan isu luar padang

SELANGOR FCmahu mencari bekalan selesa dalam aksi separuh akhir pertama Piala FA menentang Terengganu FC, malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor FC mahu ketepikan isu luar padang dan akan berusaha untuk memberi yang terbaik kepada penyokong yang sentiasa berada di belakang skuad Red Giants.

Ketua jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil berkata, tidak kira perlawanan apa sekalipun, pasukan kan membalas kepercayaan peminat dengan memperagakan aksi terbaik dan meraih keputusan positif.

Berkenaan isu luar yang hangat ketika ini, Nidzam berkata, perkara itu perlu diketepikan dan fokus utama pasukan adalah memburu keputusan positif apabila menentang Kuching FC pada aksi suku akhir pertama Piala FA, malam ini.

“Tentang isu luar (padang), sudah tentu semua sedar tentang apa yang berlaku tetapi ia tidak menjejaskan matlamat utama kita untuk sentiasa bermain bagus dan memberi yang terbaik untuk penyokong-penyokong.

“Kita tahu sejak kebelakangan ini banyak perkara berlaku dan penyokong-penyokong terus berada dibelakang kita serta memberi sokongan padu, jadi apa yang boleh kita balas kepada mereka hanyalah memberi persembahan terbaik dan dapat keputusan bagus.

“Tentunya perlawanan menentang Kuching City bukan mudah kerana kita tahu mereka mempunyai kekuatan tersendiri, selain dibimbing Aidil Sharin (Sahak) yang berpengalaman dan pernah membawa Kedah menang Piala FA (2019),” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Terdahulu, beberapa isu luar padang melanda kem Selangor FC termasuk yang terbaharu mengenai hukuman yang dikenakan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) terhadap pasukan itu.

Jelas Nidzam, semua pemain-pemainnya bebas daripada kecederaan termasuk Umarbek Eshmurodov dan Reziq Banihani telah pulih seratus peratus, namun beliau tidak membawa kedua-dua pemain itu ke Sarawak.

“Saya percaya pemain-pemain yang menang 2-1 dengan Perak tempoh hari (23 Jun lalu) mahu terus bermain, jadi kita nak kekalkan mereka untuk terus bermain pada perlawanan menentang Kuching City.

“Semua pemain bebas kecederaan termasuk Umar dan Reziq yang 100 peratus telah pulih. Mereka telah sertai sesi latihan tetapi saya tidak bawa mereka ke sini kerana kita nak mereka bersiap sedia untuk perlawanan akan datang,” jelasnya yang berharap mampu membawa bekalan positif di kedua suku akhir Piala FA pada 6 Julai nanti.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN