Akmal mahu Penang mara lebih jauh di Piala FA

Akmal mahu Penang mara lebih jauh di Piala FA

penang fc
AKMAL RIZAL AHMAD RAKHLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli mahu menjadikan Kedah Darul Aman (KDA) FC mangsa seterusnya dalam aksi Piala FA.

Kedua-dua pasukan akan bertembung di suku akhir selepas berjaya melepasi pusingan 16 dengan Penang menumpaskan Sri Pahang 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti.

Sementara skuad Sang Kenari kendalian Nafuzi Zain tidak berdepan masalah untuk membelasah Bukit Tambun 5-0 untuk mara ke peringkat lapan terbaik.

Akmal menyedari KDA FC bukan pasukan yang mudah dijinakkan, namun dengan keupayaan dimiliki anak buahnya peluang untuk melakar kemenangan adalah cerah.

“Ya, memang sukar bermain dengan pasukan Kedah, tetapi saya pun sudah lama bersama Penang, sudah masuk tahun kelima.

“Berjumpa Kedah saya takkan kalah. Saya nak menang dengan Kedah sebab saya pun ada sesuatu yang nak dibuktikan bersama pasukan Penang.

“Insya-Allah kita akan bagi yang terbaik,” katanya yang juga merupakan bekas penyerang skuad Hijau Kuning ketika era kegemilangannya.

Penang terlebih dahulu menentang Kedah untuk aksi Liga Super pada 22 Jun ini, kemudian disusuli dua aksi timbal balik suku akhir Piala FA menentang lawan sama pada 28 Jun dan 4 Julai.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN