PETALING JAYA: Atlet 400 meter (m) wanita negara, Shereen Samson Vallabouy berada di landasan terbaik untuk layak secara merit ke Sukan Olimpik Paris 2024 pada Julai ini. Ini selepas atlet kelahiran Perak itu berjaya memperbaharui rekod kebangsaan ketika beraksi di Karnival Trek Tahunan Music City, Tennessee, Amerika Syarikat (AS), semalam. Beliau mencatatkan 51.79 saat (s) untuk mengatasi 51.80s di Kejohanan Olahraga Tahunan Mt SAC Relays ke-63 pada tahun lalu dengan…