PETALING JAYA: Skuad hoki kebangsaan gagal merekodkan kemenangan pertama selepas terikat 4-4 dengan Pakistan pada aksi pembukaan kumpulan B Piala Negara-Negara di Poland, sebentar tadi. Skuad Speedy Tigers seharusnya menyalahkan diri sendiri apabila kelekaan pada suku keempat membolehkan Pakistan mengambil peluang untuk bangkit daripada ketinggalan 1-4. Malaysia bermula cemerlang selepas Fitri Saari menjaringkan gol pembukaan menerusi penalti strok pada minit keempat. Enggan memberi muka, Speedy Tigers kemudian meledak gol menerusi Azrai…