Selangor FC tunggu keputusan MFL

Selangor FC tunggu keputusan MFL

TIMBALAN Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS),Datuk Seri Shahril Mokhtar bercakap kepada media berkenaan perkembangan terkini kecederaan yang dihadapi oleh pemain Selangor FC, Faisal Halim akibat perbuatan khianat simbahan asid . FOTO/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor FC bersedia menerima apa sahaja keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sama ada perlawanan Sumbangsih dipinda atau sebaliknya.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata pihaknya sudah menghantar permohonan dan kini sedang menunggu keputusannya.

“Selangor FC telah minta FAM (Persatuan Bolasepak Selangor) dan MFL untuk menukar tarikh perlawanan tersebut namun, kami faham FAM dan MFL sukar untuk membuat keputusan.

“Menjadi harapan kami di Selangor FC jika ia boleh dipinda. Bagaimanapun kami terima apa sahaja jawapan daripada MFL dan FAM,” katanya ketika ditemui pemberita di sini sebentar tadi.

RAJA Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan hadir di sebuah hospital swasta di Shah Alam bagi melawat pemain Selangor FC, Faisal Halim yang dilaporkan cedera akibat perbuatan khianat simbahan asid. Turut hadir Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS),Datuk Seri Shahril Mokhtar. FOTO/AFIQ RAZALI

Selangor FC dijadual bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada Jumaat ini namun, Red Giants meminta aksi itu ditunda sususlan tonggak utamanya, Faisal Halim disimbah asid pada Ahad lalu.

Faisal yang ketika ini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Shah Alam menunjukkan perkembangan positif selepas menjadi pembedahan kedua, semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN