PETALING JAYA: Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) bertindak berani dengan meyasarkan sebutir emas di Sukan Olimpik Paris 2024 menerusi jaguh basikal trek sensasi negara, Datuk Azizulhasni Awang. Timbalan Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh Gill berkata, sasaran yang diletakkan pihaknya itu selari dengan hasrat Azizulhasni yang terkenal julukan The Pocket Rocketman untuk melengkapkan kutipan pingat di temasya terbesar dunia itu. Menurut Amarjit, sasaran yang diumumkan itu adalah realistik berdasarkan prestasi semasa…