KUALA LUMPUR: Malaysia melangkah ke separuh akhir acara berpasukan di Piala Dunia Sepak Takraw 2024 selepas menumbangkan India 2-0 di peringkat suku akhir, sebentar tadi. Menanti Malaysia di separuh akhir malam ini ialah Indonesia yang menumpaskan Myanmar 2-0, manakala satu lagi aksi separuh akhir menyaksikan pertembungan antara Thailand dan Korea Selatan. Dalam aksi menentang India, pengendali negara, Ahmad Jais Baharun mempertaruhkan regu juara dunia, Syahir Rosdi, Farhan Adam dan Azlan…