VAR: Pemain ‘nakal’ sukar terlepas

VAR: Pemain ‘nakal’ sukar terlepas

PENGADIL melihat skrin VAR pada perlawanan praktikal pengadil VAR pada Sesi Simulasi VAR Liga Malaysia 2024-2025 .
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dengan penggunaan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) pada kempen Liga Malaysia (Liga M) musim ini, ia bakal memberi kebaikan kepada pengadil perlawanan namun tidak buat pemain ‘nakal’ yang bijak menyembunyikan kesalahan sebelum ini.

Hal ini terbukti menerusi rujukan VAR yang dilakukan pengadil, Mohammad Zamzaidi Katimin membabitkan perlawanan Kuala Lumpur City (KL City) FC menentang Negeri Sembilan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2024 kelmarin.

Menerusi rujukan pengadil perlawanan itu, dia telah melayangkan kad merah kepada Brendan Gan susulan kekasaran ke atas pemain Negeri Sembilan apabila meneliti monitor bagi insiden yang tercetus pada minit ke-76 itu.

Sepanjang perlawanan itu, VAR dikendalikan Tuan Mohd. Yaasin Tuan Mohd. Hanafiah manakala operator ulang semula adalah Mohd. Shahrizan Mohamad Solihim membantu Zamzaidi dalam lima insiden sekali gus menjadi iktibar kepada pemain-pemain lain.

Pemerhati bola sepak tempatan, Mohd Sadek Mustafa, berkata, penggunaan VAR pada aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan itu boleh dijadikan rujukan untuk ditambah baik pada masa akan datang.

Tegasnya, VAR juga memberi amaran kepada pemain supaya jangan melakukan kesalahan besar di atas padang hingga menyebabkan mereka boleh dikenakan tindakan walaupun perbuatan itu terlepas daripada pendangan pengadil namun tidak buat VAR.

“Ada yang mengatakan perlawanan mungkin akan jadi perlahan dan pemain akan lebih berhati-hati kerana takut dikenakan tindakan oleh pengadil. Semua itu memberi peringatan kepada pemain jangan buat perangai.

“Jika dikenakan tindakan sehingga dilayang kad merah, pemain kena terima hakikat kerana perbuatan atau kesalahan terbabit dirakam VAR.

“Maka, penggunaan VAR akan membantu pengadil untuk membuat keputusan lebih tepat apabila tercetusnya situasi kontroversi sekali gus mengurangkan kritikan kepada mutu pengadilan liga tempatan,”katanya.

Pada perlawanan kelmarin menyaksikan penggunaan VAR memberi kelebihan kepada pasukan KL City untuk bergelar juara Piala Menteri Wilayah Persekutuan dengan menumpaskan Negeri Sembilan 2-1. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN