PETALING JAYA: Misi memburu keputusan podium mahu diulangi pelumba remaja negara, Muhammad Hakim Danish Ramli dalam perlumbaan pembuka musim Red Bull MotoGP Rookies Cup di Litar Jerez, hujung minggu ini. Pelumba berusia 17 tahun itu beraksi cemerlang apabila melengkapkan saingan di kedudukan ketiga dalam perlumbaan 2 pada pusingan pertama, musim lalu, di Portimao, Portugal. Justeru, anak jati Kuala Terengganu itu amat berharap dapat mengulangi pencapaian tersebut di Jerez, walaupun, menyedari…