Che Shahrul mahu buka mata Sarjit

Che Shahrul mahu buka mata Sarjit

CHE Shahrul Azmi Che Saupi (tengah) ketika beraksi bersama skuad remaja kebangsaan di Piala Dunia Remaja 2021 di Bhubaneswar, India.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penjaga gol muda, Che Shahrul Azmi Che Saufi melupakan hasrat untuk bersara awal dalam sukan hoki selepas namanya tersenarai dalam 30 pemain skuad Speedy Tigers.

Che Shahrul mengakui, panggilan untuk menyertai kem latihan skuad kebangsaan mengubah 100 peratus kariernya dalam sukan itu dan terpilih dalam senarai 30 terakhir juga merupakan satu rahmat.

“Sememangnya saya putus asa sebelum ini kerana saya tahu tahap saya dimana. Jadi saya cuba bangun dan bangkit pada kejohanan seterusnya.

“Saya tidak pernah menjangkakan yang akan tersenarai bersama skuad kebangsaan kendalian Sarjit Singh” katanya ketika sesi latihan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Pencapaian terbaik pemain berusia 23 tahun itu adalah membantu skuad hoki 5 sebelah (5s) bawah 18 tahun negara meraih pingat emas pada Sukan Olimpik Remaja 2018 di Argentina.

Sementara itu, Che Shahrul turut mengakui beliau menghadapi cabaran getir untuk menempatkan namanya dalams ebnarai 18 pemain terakhir untuk kejohanan Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2024.

Katanya, beliau terpaksa bersaing bersama tiga penjaga gol yang lain iaitu Muhammad Hafizuddin Othman, Muhamad Zaimi Mat Deris dan Adrian Andy Albert bagi merebut dua posisi penjaga gol.

“Saingan memang sengit. Mereka semua ada pengalaman bersama skuad kebangsaan. Tetapi itu tidak mematahkan semangat saya untuk membuka mata jurulatih tentang kemampuan saya.

“Walaupun saya bermain untuk 5s, saya masih ada teknik asas untuk bermain hoki padang yang mana saya boleh banyak bergerak berbanding 5s,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×