Roy King, Wan Arif bina keserasian

Badminton: Roy King, Wan Arif bina keserasian

Yap Roy King (kanan) bersama Wan Arif Junaidi (kiri)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Setelah tiga bulan ‘terpisah’ akibat dibelenggu kecederaan, beregu lelaki negara Yap Roy King-Wan Arif Wan Junaidi kini kembali bersatu untuk menyertai Terbuka Switzerland.

Beregu yang mula digandingkan sejak Mac tahun lalu itu mencuri tumpuan apabila meraih beberapa kejuaraan peringkat kebangsaan sebelum Roy King mengalami kecederaan lutut, Disember lalu.

Roy King berkata, beliau teruja apabila kembali cergas menyertai kejuaraan selepas berehat panjang, namun tetap berhati-hati ketika latihan bagi memastikan kecederaan sama tidak berulang.

“Saya berada di tahap 100 peratus untuk beraksi. Ini minggu pertama saya menjalani latihan dan proses itu menampakkan tanda-tanda positif.

“Bagaimanapun, saya tidak mahu terlalu ‘push’ diri saya kerana saya tidak mahu cedera lagi selepas rehat yang panjang ini,” katanya.

Pada Terbuka Switzerland pada 19 hingga 24 Mac depan, Roy King bukan sahaja turun beraksi dalam acara beregu lelaki, namun beliau turut berada dalam senarai beregu campuran yang akan berpasangan dengan Valeree Siow.

Dalam pada itu, pasangannya Wan Arif sangat gembira dengan kehadiran semula Roy King di gelanggang dan dia mahu cepat mencari keserasian untuk menyertai kejohanan-kejohanan akan datang.

“Semasa Roy King tiada, perasaan saya menjadi lain kerana kami tidak berlatih bersama dan saya kerap bertukar pasangan.

“Walau bagaimanapun, kami sedang membina keserasian bersama untuk mencapai sasaran layak  ke suku akhir Terbuka Switzerland,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN