Harimau Malaya kecundang 0-2 di Oman

Harimau Malaya kecundang 0-2 di Oman

AKSI Harimau Malaya menentang Oman pada kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Kompleks Sukan Sultan Qaboos, Muscat.-IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasrat Harimau Malaya untuk melakar kejutan ke atas Oman tidak kesampaian apabila tumpas 0-2 pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 di Kompleks Sukan Sultan Qaboos, Muscat, sebentar tadi.

Kekalahan itu menyaksikan skuad bimbingan Kim Pan Gon turun ke tangga ketiga Kumpulan D biarpun berkongsi enam mata bersama Oman yang merampas takhta dan Kyrgyzstan di tangga kedua yang menang 2-0 ke atas Taiwan.

Dalam aksi berkenaan, kedua-dua pasukan pasukan terikat 0-0 pada separuh masa pertama, namun Oman lebih banyak menguasai perlawanan dengan mengatur serangan-serangan berbahaya ke gawang Malaysia.

Bersambung babak kedua, Oman terus menguasai permainan dan Kompleks Sukan Sultan Qaboos bergegar apabila Issam Al-Sabhi meledak gol pembukaan pada minit ke-57 selepas menyudahkan hantaran Ali Sulaiman Al-Busaidi.

Malaysia hampir mengikat kedudukan pada minit ke-60, namun tandukan La’Vere Corbin Ong singgah di palang sebelum jaringan Paulo Josue pada minit ke-80 dibatalkan kerana berada dalam kedudukan ofsaid.

Hasrat Malaysia untuk memburu gol penyamaan semakin sukar apabila Oman berjaya menambah gol kedua menerusi Muhsen Saleh Al-Ghassani yang mudah menampan masuk hantaran Al Busaidi pada minit ke-88.

Ini adalah kekalahan pertama skuad negara pada kempen kelayakan kali ini, namun Malaysia berpeluang menebus kembali kehampaan di Muscat apabila kedua-dua pasukan akan berentap sekali lagi di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×