TNB dan Maybank mengganas, rancakkan persaingan MHL 2024

TNB dan Maybank terus mengganas, rancakkan persaingan MHL 2024

Azraai Aizad Abu Kamal (tengah) meraikan jaringan selepas membantu TNB membenam Kuala Lumpur City 13-0 dalam aksi Liga Hoki Malaysia (MHL) hari ini. (FOTO: ihsan MHC)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persaingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2024 semakin rancak membabitkan dua pasukan teratas liga, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Maybank selepas masing-masing membelasah lawan mereka dalam aksi yang berlangsung petang tadi.

Maybank yang menentang Young Elephant Pahang di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil tidak berdepan masalah untuk melakar kemenangan apabila meledak sembilan gol tanpa balas ke lawan dari Pantai Timur itu.

Pemain Maybank, Muhamad Kamarulzaman Kamaruddin (kiri) cuba untuk mengawal bola ketika pertembungan menentang Young Elephants Pahang dalam aksi Liga Hoki Malaysia (MHL) 2024 hari ini. (FOTO: ihsan MHC)

Tiga daripadanya hasil sumbangan hatrik Shahmie Irfan Suhaimi, manakala baki gol dijaringkan oleh Najmi Farizal Jazlan, Syawal Abd Razak, Granson Noel Goden, Razie Abd Rahim dan Kamarulzaman Kamaruddin.

Satu lagi perlawanan membabitkan TNB yang menentang Kuala Lumpur City pula menyaksikan anak-anak buah Nor Saiful Zaini berpesta jaringan dengan melakar kemenangan 13-0.

Ramadan Rosli (jersi biru) cuba melepasi kawalan pemain Kuala Lumpur City. (FOTO: ihsan MHC)

Pemain yang mencuri tumpuan adalah Azrai Aizad Abu Kamal yang meledak lima gol dalam perlawanan itu, sekaligus memintas rakan sepasukan, Jang Jonghyun untuk menjadi menerajui senarai penjaring terbanyak liga dengan 17 gol.

TNB dan Maybank terikat 20 mata dalam liga, namun TNB mempunyai kelebihan dari segi jumlah jaringan dengan meledak keseluruhan 65 gol untuk berada di puncak carta berbanding Maybank yang mengumpul 41 gol.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN