Rhodict bakal sertai RTG?

Rhodict bakal sertai RTG?

AKSI Bertrand Rhodict Anak Lises yang melakukan terjunan dalam acara berpasukan campuran di Kejohanan Akuatik Dunia yang berlangsung di Doha baru-baru ini. (FOTO: AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nama atlet terjun negara, Bertrand Rhodict Lises kembali dicanang untuk dimasukkan ke dalam program sukan elit, ‘Road to Gold’ (RTG), tatkala nasib dua seniornya, Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri bagai di hujung tanduk.

Ia selepas Rhodict menjadi wakil tunggal penerjun negara yang akan beraksi di Sukan Olimpik Paris Julai depan selepas Pandelela dan Dhabitah gagal layak ke temasya itu susulan memperagakan aksi hambar di Kejohan Akuatik Dunia, Doha tempohari.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang juga pengerusi bersama Jawatankuasa RTG menjelaskan status Rhodict untuk dimasukkan ke dalam RTG akan dibincangkan semula apabila jawatankuasa itu bersidang pada hujung bulan ini.

“Ada dua kriteria untuk RTG. Pertama, atlet berada dalam kedudukan 10 terbaik dunia dan yang kedua adalah pemenang pingat Olimpik yang lepas.

“(Namun), langkah pertama sudah tentulah perlu layak ke Sukan Olimpik terlebih dahulu.

“Walaupun Rhodict tiada dalam RTG tetapi dia adalah atlet program Podium. Semua atlet Podium juga memang akan diberikan sokongan penuh ke Sukan Olimpik Paris.

“Apa pun, kita akan bincangkan (sama ada Rhodict layak disenaraikan dalam RTG) dalam mesyuarat bulan ini,” katanya

Sebelum ini, nama Rhodict pernah dikaitkan untuk menjadi sebahagian dalam program RTG setelah dia layak secara merit ke Paris menerusi prestasi ditampilkan ketika Kejohanan Dunia di Fukuoka, Jepun pada Julai 2023.

Bagaimanapun, Jawatankuasa RTG yang bersidang pada Oktober memutuskan Bertrand bersama atlet menembak, Jonathan Wong dan atlet pelayaran, Nur Shazrin Abd Latif masih belum layak untuk berada dalam program itu, justeru kekal dalam program Podium kendalian Majlis Sukan Negara (MSN).-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×