PETALING JAYA: Bekas prinsipal pasukan RNF Racing, Datuk Razlan Razali sah diangkat menjadi presiden baharu Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur (PBKL) menerusi Mesyuarat Agung badan induk itu hari ini. Razlan menang tanpa bertanding menggantikan presiden sebelum ini, Datuk Saniboey Ahmad Ismail dan akan memegang kerusi itu untuk tempoh dua tahun sehingga 2026. Turut sama menang tanpa bertanding adalah Firdaus Arshad yang diangkat menjadi Timbalan Presiden, manakala Ramlan@Ramdzam Mohd Said dan Leong…










