Muslim Ahmad cipta kejutan dalam muay thai

Muslim Ahmad cipta kejutan dalam muay thai

Muslim Ahmad dinobatkan sebagai juara selepas meraih kemenangan menerusi technical knock-out (TKO) ke atas jagoan dari Perlis, Atingpek
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Muslim Ahmad membuat kejutan apabila merekodkan kemenangan pertamanya dalam perlawanan Muay Thai, malam tadi.

Pemain berusia 34 tahun itu, menumbangkan lawannya, Atingpek menerusi pukulan technical-knock out (TKO) pada pusingan kedua kejohanan.

Pada pertarungan sengit itu, bekas pemain Sri Pahang itu menewaskan Atingpek menggunakan lutut sebelum dinobatkan sebagai pemenang kejohanan yang berlangsung di Padang Serai, Kedah.

Keputusan itu membuktikan kepada peminatnya bahawa muay thai mampu menggalas menjadi karier pilihan kedua beliau.

“Sebenarnya saya sudah biasa dengan sukan ini (muay thai) dan berkelompok bersama orang-orang dari sukan ini sejak kecil.

“Jadi saya ada asas akan tetapi tidaklah saya mahu merasmikan saya bersara dari dunia bola sepak, cumanya saya masih menunggu tawaran daripada mana-mana pasukan.

“Saya pun tidak pasti berapa jauh saya boleh pergi dalam sukan ini tapi untuk kali pertama dan berlatih 7 hari ianya mencabar buat saya,” katanya.

Untuk rekod, Muslim pernah membantu skuad Harimau Malaya menjuarai Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) pada tahun 2010 buat kali pertama dibawah kendalian Datuk K.Rajagobal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN