MPFL: Pahang terus mengganas, benam Selangor 8-4

MPFL: Pahang terus mengganas, benam Selangor 8-4

PAHANG Rangers berjaya merekodkan kemenangan pertama menentang Selangor 8-4 di Stadium Tertutup Sukpa, Kuantan (FOTO: ihsan Facebook Pahang Rangers)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Juara Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2023, Pahang Rangers berjaya merakam kemenangan pertama bagi musim 2024.

Pengendali dari Sepanyol, Gerard Casas membelasah pasukan futsal Selangor 8-4 di Stadium Tertutup Sukpa, sebentar tadi.

Skuad Merah Kuning mengidam meraih kelebihan awal tidak kesampaian selepas tuan rumah mendahului seawal minit pertama permainan menerusi Murilo Saad.

Selangor semakin ketinggalan apabila Pahang sekali lagi meledak gol menerusi Felipe de Souza minit ketiga permainan.

Tidak kurang seminit kemudian, Amirul Khairuddin berjaya meledak gol buat pasukannya melalui, kapten pasukan Akmarulnizam Mohd Idris.

Selangor kemudian memasukkan penjaga gol gantian, Syaifuddin Syukri Ibrahim Lincoln mengeluarkan Syawal Sabarudin namun Pahang tetap beri tekanan untuk mendapat gol tambahan.

Hamdin Zarif Mahmun meledak gol keempat pada minit ke-12 sehingga tamat separuh masa.

Babak kedua bermula, melihatkan Selangor kembali mengawal keadaan menerusi gol Syahir Iqbal Khan Akbar Khan pada minit ke-23 dan Khairul Effendy Mohd Bahrin seminit selepas itu.

De Souza kembali menyakinkan Pahang apabila menjaringkan gol minit ke-28 dan 35 sekali gus mencipta hatrik buat dirinya.

Selangor yang jauh ketinggalan tidak berputus asa memburu gol menerusi Matheus Silva pada minit ke 35 dan Hamdin berjaya merakam hatrik dua minit selepas itu.

Pasukan yang dibimbing jurulatih Sepanyol, Gerard Casas itu membelasah skuad futsal Selangor FC 8-4 di Stadium Tertutup Sukpa hari ini.
Silva merekodkan gol kedua buatnya dalam MPFL meledak gol untuk Merah Kuning pada minit ke 38 sehingga wisel penamat ditiup.

Selepas kemenangan bergaya ini, Pahang mampu memintas Sabah, Terenggaun dan Gombak TOT United untuk menduduki tangga kedua divisyen satu MPKL dengan memperoleh empat mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN