LONDON: Peminat bola sepak, pengurus-pengurus Liga Perdana Inggeris (EPL) dan bekas pemain menyelar pengenalan layangan kad biru dalam sukan itu. Legenda Arsenal, Paul Merson berkata, idea berkenaan membuang masa dan akan menjadikan permainan bola sepak lebih membosankan. Pengendali Tottenham, Ange Postecoglou, Sean Dyche (Everton) dan Roy Hodgson (Crystal Palace) antara pengurus Liga Perdana Inggeris yang pernah menyuarakan bantahan mereka terhadap cadangan kad biru ini. Dengan isu berkaitan Video Bantuan Pengadil…










